Friday, February 10, 2012

Day 8 - Friday 10 Feb 2012 : Sapporo to Tokyo



Bersiap-siap  utk melalui satu perjalanan yg panjang ke Tokyo. Plannya nak naik Ltd Express super Hokuto pkl 10.37 pg dari Sapporo ke Hakodate, tapi train lewat sebab ribut salji melanda pantai barat Jepun termasuk Hokkaido. Byk train lewat dan ada train yg cancel terutama overnight train. Akhirnya dekat pkl 10:50 baru smpi dan dekat pkl 11 pg baru bertolak ke Hakodate.. Sah aku akan terlepas connection train di Hakodate ke Shin Aomori, mcm connection flight pulak hee hee hee.  Kalau ikut jadual, transfer time kat Hakodate cuma 4 minit, tp sebenarnya kalau train tak delay, tak ada masalah sebab platform Super Hokuto dgn Super Hakucho adalah bersebelahan... Super Hakucho adalah Ltd Express Train from Hakodate to Shin Aomori. Mula tadi dah delay 20 minit... Sepanjang perjalanan pun slow sikit sebab salji tebal, so akhirnya train delay dekat sejam dari jadual asal. Kat Hakodate, beratur sekali lagi kat kaunter utk buat seat reservation utk train seterusnya. Panjang sgt line dia... Maklumlah, ramai yg terlepas connection train tu... Nasib baik, dpt gak seat reservation tu walaupun kena duduk asing2 dgn ibuarif. Kalau x dpt reserved seat tu , nak kena berebut utk free seating... Kalau nasib tak baik, kena berdiri... Tak ker naya...

Super Hokucho bergerak ikut masa yg dijadualkan. Walaupun aku terlepas train awal dari Hakodate ke Shin Aomori, kalau ikutkan masih sempat utk catch up Tohoku Shinkansen Hayabusa. Saja jer aku book Hayabusa berbanding Hayate. Hayabusa ni ni baru dilancarkan March 2011 rasanya dan semestinya coach baru, so x sampai setahun lagi... Train baru ni... Bau kilang lagi...  Kalau ikut plan asal, aku akan ada mada lebih kurang 2 jam kat Shin Aomori. Plan asal ingat nak makan dulu kat Shin Aomori sebelum bertolak ke Tokyo, tapi dgn kejadian yg tidak dijangka ni, aku cuma ada masa 18 minit utk transfer kat Shin Aomori. Dlm perjalanan, ada announcement ckp train delay 10 minit... Alamak, dah tinggal 8 minit utk transfer... Takkan terlepas train lagi. Dah ler aku memang target nak naik Hayabusa ni. Kalau x salah aku, trip Hayabusa dari Shin Aomori ke Tokyo cuma 2 trip jer... Begitu juga sebalik dari Tokyo ke Shin Aomori, cuma 2 trip jer.. Nak dekat smpi... Sekali lagi ada announcement train dijangka sampai 6:10 ptg... Tu delay 14 minit dari jadual asal... Hayabusa akan bertolak pkl 6:14 ptg... Dah ler platform dua2 train ni kat tingkat lain... Sekali lagi aku berdebar2..... Bila nak dekat smpi.. Ada sekali lg announcement... Tp kali ni, berita baik... Katanya, Shinkansen Hayabusa akan tunggu Super Hakucho smpi baru bertolak... Fuh lega! Walaupun mcm tu, still takleh take thing for granted... Lagi satu station nak sampai, aku ajak ibuarif dan arif siap berdiri  dan tunggu kat pintu train.... Memang ramai yg beratur nak turun awal. Kitorang dgn bag besar, bag kecik, stroller arif... Akhirnya, selepas berlari2 masa transfer tu, dpt naik Hayabusa dgn selamat... Lega...... Hayabusa bergerak pkl 6:16, 2 minit lewat dari yg dijadualkan elok2 aku masuk dan duduk jer, train mula bergerak. 

Sampai Tokyo station, cari coins locker utk simpan bag besar sbb malas nak mengusung bag ke hotel, lepas tu cari pampers arif, sbb dah mcm nak abis, takut terputus bekalan pulak. mulanya nak makan kat Tokyo Station tp byk kedai dah tutup, last2 gamble pergi terus ke Nishi Kasai. Platform Shinkansen dgn platform nak naik train ke Nishi Kasai jauh, menapak lg... nasib baik bwk stroler utk arif. On the way nak smpi hotel, ada satu kedai yg masih bukak. Lepas check inn Toyoko Inn Nishi Kasai, makan bento yg dibeli dkt area situ gak. Plannya nak jumpa sorang kawan yg  kerja di Japan dan duduk disitu.. Tp dah lewat sgt, jd x sempat, maybe next time.. Hee hee hee. Ada ker next time?

No comments:

Post a Comment