Wednesday, February 8, 2012

Day 5- Tuesday, 7 Feb 2012 : Hakodate to Sapporo


Day 5- Tuesday, 7 Feb 2012.

Pagi- pagi terus keluar tanpa breakfast ke Hakodate Morning Market (Asaichi)... Sbb memang plan nak breakfast kat Asaichi.. Pusing2 morning market tu, mcm semua nak try… last2 datang semula ke kedai yg awal2 kitorang tengok tu… harga lebih kurang jer, tp kedai ni ada option utk pakej makan ketam yg ok dan agak affordable berbanding yg lain.. aku try Sanshoku Donburi dan Ketam. 









Lepas jer makan, terus  jalan2 kat Kanemori  Red Brick Warehouse  (Kanemori Aka Rengga). Kat dalam ni mcm2 kedai ada, dari kedai kek, souveniour dan mcm2 lagi. Dari market jalan kaki, tp on the way balik, naik teksi sebab nak ambil bag dan terus ke Hakodate Station utk ke Sapporo. 




Memula tu plan nak reserve utk Super Hokuto Ltd Express ke Sapporo pada pkl 12:30... Tgk2 seat penuh pulak! Next train will be at 2:00. Tak sangka lak boleh penuh.. kalau tau, dari semalam aku dah book.  Lama lagi nak tunggu... Jam baru menunjukkan pkl 11:30 pagi. Rasa mcm buang masa lak kalau nak tunggu. Kalau nak pi jalan2, takut terlepas laky g 2.30 tu… sebab memang target tak nak smpi lewat sgt ke Sapporo,  lastly, buat decision, naik train pkl 12:30 jugak, tapi tak tak dapat  reserved seat la, naik free sitting coach. Ada 2 coach yg free sitting. Beratur awal2... Alhamdulillah.. Dpt tmpt duduk....perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sampai Sapporo Station, jalan kaki jer ker Toyoko Inn Sapporo Eki Kita-guchi. 


Lepas check in, keluar semula ke Sapporo Snow Festival. Masa tu  salji turun lebat sangat... Memang sejuk arif ngan ibuarif excited betul dlm sejuk2 tu. memang ramai orang walaupun salji turun dengan lebatnya. Arca yg dipamerkan pun mcm2 dan menarik. Taj Mahal pun ada. Aku ngan arif siap naik lunsur salji lagi.. haa haa haa best gak… ibuarif sure jealous punya tgk kitorang naik…









Masa nak balik, kitorang naik subway sampai Sapporo Station. Makan kat satu restoren kat situ, then aku survey dulu tmpt nak naik bas ke Rusutsu, lepas tu baru jalan kaki balik hotel.



No comments:

Post a Comment