Wednesday, March 4, 2015

Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA



Bonus Awal Tahun 2015 JBT  (Entri dikemaskini pada 22:45, 4 Mac 2015 )

Buat julung-julung kalinya satu pertandingan menulis entri yg menawarkan hadiah utama iaitu Ground Package ke Jepun yg ditaja oleh Japan Budget Trip (JBT) akan diadakan bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2015.

Pertandingan ini sangat mudah dan boleh disertai oleh semua peringkat blogger tidak kira yg baru atau yang lama, yang aktif atau yang suam2 kuku.

Pertandingan terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat bulanan dan peringkat akhir utk merebut hadiah utama yg ditawarkan berupa pakej pelancongan ke Jepun oleh JBT.

Terdapat 5 pemenang setiap bulan yang akan dipilih utk hadiah saguhati bulanan dalam pertandingan peringkat bulanan yg akan berlangsung selama 2 bulan. 10 pemenang dari peringkat bulanan ini akan bertanding di peringkat akhir yg menawarkan hadiah utama utk seorang pemenang berupa pakej percutian ke Jepun  tajaan JBT. Utk maklumat tentang pakej hadiah utama, sila klik di sini.

Syarat dan terma peyertaan adalah seperti berikut:
  1. Setiap peserta boleh menyertai seberapa banyak entri tanpa had (melalui satu blog atau pelbagai blog) tetapi hanya layak memenangi satu hadiah bulanan sahaja dlm bulan yg sama.
  2. Peserta dikehendaki like page Japan Budget Trip
  3. Peserta dikehendaki follow instagram Japan Budget Trip
  4. Peserta dikehendaki berkongsi entri di facebook masing2 dgn hashtag #JBTcontest2015
  5. Artikel ditulis mestilah tidak kurang dari 300 perkataan
  6. Didalam setiap penyertaan perlu dimasukkan kata kunci yg diperlukan berdasarkan tajuk dan bulan yg dipertandingkan
  7. Penulisan dan gambar yg digunakan adalah dari sumber yg sah dan pihak penganjur tidak bertanggungjawap keatas apa-apa tindakan undang-undang yg dihadapi akibat penulisan dan gambar yg diambil di internet tanpa kebenaran dari pemilik sebenar gambar.
  8. Sebarang kemaskini penajaan akan ditambah di entri ini dari masa ke masa dan peserta dikehendaki sentiasa mengikuti perubahan terkini didalam entri ini dan mengemaskini senarai penaja jika ada pertambahan.
  9. Maklumat lanjut mengenai hadiah saguhati akan dikongsikan di entri ini selewat2nya hujung setiap bulan.
  10. Penaja juga boleh menjadi peserta pertandingan.
  11. Peserta dikehendaki memasukkan nama2 penaja serta backlink seperti dalam senarai dibawah
  12. Pihak penganjur berhak menukar hadiah yg dijanjikan dengan hadiah yg sama nilainya.
  13. Sila daftarkan penyertaan anda di sini
  14. Keputusan panel juri adalah muktamad.


Entri utk bulan Januari
  1. Tajuk : Jepun sebagai destinasi pelancongan utama.
  2. Katakunci : Pakej pelancongan ke Jepun
  3. Tarikh tutup : 31 Jan 2015


Entri utk bulan Februari
  1. Tajuk: 5 perkara unik tentang Jepun
  2. Katakunci : Uniknya Jepun
  3. Tarikh tutup : 28 Feb 2015


Entri peringkat akhir.
  1. Tajuk: JBT sebagai pakej pelancongan pilihan ke Jepun
  2. Katakunci : Japan Budget Trip
  3. Tarikh tutup : 31 Mac 2015


Kriteria pemilihan
  1. Kandungan entri : 90%
  2. Kedudukan carian Google Chrome Incognito dgn katakunci yg diberikan : 10%


Nota Penting : Semua kandungan serta backlink antara bahagian [MULA] sehingga [AKHIR] dibawah perlu disalin di setiap entri penyertaan

[MULA]

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie


Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

[AKHIR]


Terima kasih kepada Sohoque.com dan Travelog.my yg mengwar2kan mengenai contest ini :)

Selamat mencuba dan semoga kita bertemu di Jepun!

54 comments:

  1. Wah hadiah yang agak lumayan tu...

    ReplyDelete
  2. Terbayangkan kembangan sakura :)

    ReplyDelete
  3. memandangkan bogger suam2 kuku pun boleh join, nak try la jugak.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry dalam bahasa melayu/ english atau boleh je nak bahasa rojak.. :D
      TQ

      Delete
    2. Mana2 pun boleh asalkan menarik

      Delete
  4. ni yang rasa nak gi Jepun ni... hehehehee

    ReplyDelete
  5. nak cuba join, mana tau ada luck menang trip to Japan this year :)

    ReplyDelete
  6. cam best je ni..nk kena join ni.

    ReplyDelete
  7. sungguh menarik dan jatuh hati pada jepun banyak benda menarik di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg byk benda menarik... nak tau? kena pergi Jepun... hu hu hu... nak pergi FREE? cuba buat entri terbaik berdasarkan tajuk, kalau menang, insya Allah dpt pakej percuma...

      Delete
  8. woww it's sound interesting nak try join ler

    http://anakbonda.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. saya nak tye artikel itu di tulis dalam blog ker, then in english or malay. Satu soalan yg kena share dekat page facebook masing2 tu fanpage ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri kena tulis dlm blog masing2... dalam Bahasa Melayu. Share kat fb masing2 jer, utk war2kan kpd kawan2 supaya ramai2 masuk :)

      Delete
  10. Bolehkah blogger Indonesia ikut kontes ini? Tapi saya tak bisa Bahasa Melayu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah boleh, asalkan boleh difahami oleh juri agar senang utk membuat kepurusan nanti

      Delete
  11. terima kasih sudi invite join contest ni mlalui email,
    murni dah submit pnyertaan :)

    ReplyDelete
  12. Saya dah cuba. Harap berjaya.. hehe

    ReplyDelete
  13. bos.. dah join! :)

    http://www.suesopian.com/2015/01/jepun-sebagai-destinasi-pelancongan.html

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah akhirnya siap gak artikel untuk contest ni saya dah join terima kasih....

    http://www.mahamahu.com/2015/01/jepun-sebagai-destinasi-pelancongan.html

    ReplyDelete
  15. Untuk Entri Feb yang dikatakan Tajuk akan diumumkan selepas 25 Jan dah ada ke? Ke saya terlepas pandang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf... sedikit kelewatan... dah update tajuk utk bulan Feb... selamat mencuba... :)

      Delete
  16. Good Luck everybody...enjoy in japan ya

    ReplyDelete
  17. next entry uniknya jepun, mencari2 ilham.

    ReplyDelete
  18. wah,mcm best jew..
    semoge berjaye semua =)

    ReplyDelete
  19. Kalau tak terikut bulan januari punya.. bulan februari masih boleh kan? konfius sikit... sory.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. tak der masaah... setiap bulan ada pemenang utk hadiah bulanan. Top 5 setiap bulan akan bertanding utk grand prize, maknanya utk grand prize nanti, hanya 10 org blogger yg bertanding merebut hadiah utama yg ditawarkan.

      Delete
  20. Sempat join untuk yang Februari punya ... hoho ... uniknya japangg .. lalaalala

    ReplyDelete
  21. dah try joint ;)
    http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2015/02/5-perkara-unik-tentang-jepun.html

    tp kena ade fb ngan instagram kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiada fb dan insta, poin kurang sikit... tp yg lebih utama adalah isi entri

      Delete
  22. assalamualaikum... saye dah try juge hehe wish me luck ye
    http://mamadarwiish.blogspot.com/2015/02/5-perkara-unik-tentang-jepun.html

    ReplyDelete
  23. masih ada masa...hrtu dah bookmark contest ni tapi lupe..nsb ada yg feb..insyaallah..

    ReplyDelete
  24. walaweh..kl dpt gi kali ni spring season kot..?menarik!

    ReplyDelete
  25. bestnya.....slm ziarah.

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  26. hrin last...harap terima... ;)

    http://www.zazazehra.com/2015/02/5-perkara-unik-tentang-jepun.html

    ReplyDelete
  27. alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..lmbtnye pasan bnde niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  28. Dah terlepas peluang, namun semoga berjaya buat semua contestant...

    ReplyDelete
  29. http://www.zazazehra.com/2015/03/jbt-sebagai-pakej-pelancongan-pilihan.html

    dah htr entri pyertaan terakhir... goodluck utk semua.. :)

    ReplyDelete