Wednesday, July 23, 2014

Iftar Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati Network & Al Ansar Health


Pada hari sabtu yg lepas aku dapat jemputan dari Denaihati utk satu majlis berbuka puasa anjuran Denaihati Network dgn Al Ansar Health. kalau nak dikira, aku ni bukanlah blogger tegar pun... blog ni pun banyak jer sawangnya.... Kiranya blog ni utk dimasukkan maklumat tempat2 yg aku lawati utk rujukan aku dan org lain di kemudian hari...tapi, banyak la jugak entri yg belum dimasukkan lagi... pelan-pelan aku akan masukkan....

Berbalik kpd kisah aku dapat jemputan... dgn perasaan bangga, aku cuak jugak la.. sebab aku mostly tak kenal pun blogger yg hadir... emmm maybe yg lebih tepat, diorang tak kenal aku... tapi memikirkan aku dah dpt jemputan.. nak2 lagi ni la peluang aku mengembangkan kenalan dan network... aku menyambut undangan dari Denaihati ke Majlis Iftar Bersama Blogger 2014. Temanya kena pakai ala-ala arab.... tapi aku pakai baju melayu jer.... 


Majlis ni diadakan di Saloma Bistro KL. Aku sampai on time la jugak tp org tak berapa ramai lagi. Kat meja pendaftaran aku nampak Melastik Bintang dan Shakiddo tengah sibuk di meja pendaftaran. Walaupun aku kenal diorang, yg pasti confirm diorang tak kenal aku haa haa haa...Masa pendaftaran tu Melastik Bintang mcm cam la gak aku... mungkin sebab aku pernah call dia masa nak tanya pasal majlis iftar ni dulu...


Lepas pendaftaran, aku nampak tuan rumah, Denaihati, terus salam dengan dia sambil berterima kasih sebab jemput dan dia pun berterimakasih sebab hadir... aku tgk sekeliling, nampak tak ramai yg aku kenal.. dan yg pasti, sorang pun tak kenal aku... so aku ambil keputusan utk terus masuk tunggu kat dalam.


Baru aku duduk dalam 10 minit, ada sorang blogger yg aku follow kat fb menyapa aku dan duduk sebelah aku di meja yg sama... blogger paling ensem kot.... tak lain tak bukan Abang Ensem la... walaupun nampak muka serius, tp kira ramah la... sebab boleh sembang dgn aku yg ntah sapa2 ni.... sebab selalu aku dengar dia cuma layan "aweks" saja... siap promote pasal JBT dlm FB dia lagi... tq Abang Ensem... Lu memang ensem la.... jgn dgr ckp org lain yg ckp lu tak ensem tu... diorang jealous tu..


Tak lama lepas tu Redmummy pulak sampai.... ni jer kot blogger yg aku kenal dan pada masa yg sama dia kenal aku...Majlis start dgn ucapan dari Denaihati dan Al Ansar serta Majlis menandatangani MOU antara keduanya. Dah hampir berbuka datang sorang lagi blogger yg aku kenal dia, dia kenal aku... Sohoque. Ni pun kira kawan lama aku gak ni... 


Masa solat maghrib jumpa lak dgn Mahamahu ... ni pun antara blogger yg kitorang saling mengenali antara satu sama lain...lepas maghrib, sambung makan... jumpa dgn Hilal Azmi dan Bro Framestone. Sembang2 dgn Hilal Azmi, rupa2nya dia asal satu kapal dgn aku.... awat hang tak habaq awai2....


Apa2 pun ucapan terima kasih yg tak terhingga kpd Denaihati atas jemputan ke majlis iftar ini dan juga kepada Redmummy yg memperkenalkan aku dgn Denaihati Network. Aku dpt banyak kenalan baru di majlis ni...Ada ambil gambar ramai2 diakhir majlis..




Sempena Aidilfitri yg bakal menjelma, aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan   sapa2 yg rasa2 nak jalan2 ke Jepun tu, jgn lupa contact aku yer... kita boleh bincang lanjut kalau nak personalized package....

facebook.com/japanbudgettrip

instagram.com/japanbudgettrip

6 comments:

  1. assalammualaikum! wah best nya artikel ni. seronok kan dapat pergi iftar bersama blogger 2014 ni. btw, salam kenal dan jemput lah singgah blog. video official dah siap! kot2 lah muka ada dalam video kan. hehhe
    www.kaio.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah... dah tengok video tu .... memang meletop

      Delete
  2. Terima kasih kembali sebab sudi hadir. mudahan tahun depan masih berpeluang diadakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga kerana sudi jemput... insya Allah, ada peluang, bolej join lagi...

      Delete
  3. haaaaa... kenal den yea.. sorry lah kalau tak perasan masa daftar. Melastik Bintang ada bagitau bro ni JBT.. hehehee.. lain kali boleh je join event lepak2 skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenal... sebab Kak Red selalu sebut hee hee hee

      Delete