JBT Super Deal - Autumn for only RM1,990
For more information, contacts as below:
fb : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
email : japanbudgettrip@gmail.com
whatsapp : 013-3417178
“Ayaharif No Tabi” berasal dari Bahasa Jepun yg bermakna “Pengembaraan Ayaharif”. JBT pula ada ringkasan dari “Japan Budget Trip”, satu pakej pelancongan yg diusahakan oleh Ayaharif. Blog ini akan memaparkan trip dan perjalanan oleh Ayaharif sama ada dgn family (personal trip) atau bersama2 peserta2 yg mengambil pakej dari JBT.
Saturday, May 10, 2014
Japan Budget Trip Super Deal : Tokyo, Disneyland, Mt Fuji, Shinkansen in RM1,990 ?!
Saturday, March 1, 2014
JBT Wonderful Winter Trip 2014 (29 Jan - 4 Feb)
Hari Pertama
Perjalanan bermula dengan penerbangan Air Asia X dari LCCT
menuju ke Haneda. Tepat jam 2.45, kapal terbang bertolak mengikut jadual.
Selepas kira-kira 6 jam setengah, rombongan JBT telah selamat mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda. Pengangkutan yang telah ditempah sedia
menunggu untuk membawa rombongan ke penginapan iaitu Kurumi Mansion. Sampai di
hotel, bilik sudah tersedia dan semua peserta terus berehat sebelum aktiviti
seterusnya pada esok hari.
Hari Kedua
Kurumi Mansion ini terletak disebelah Sumidagawa (Sumida River).
Selepas berjalan2 sekitar Sumidagawa, tempat pertama yang dituju selepas itu
adalah Tsukuji Market. Disini adalah pasar terbesar di Tokyo dan banyak
restoren yang menyediakan hidangan berasaskan ikan terutamanya sushi disini.
Bagi peminat sushi, tempat ini amatlah sesuai dilawati.
Selepas itu, JBT bergerak pula ke Masjid Jamek Tokyo di Yoyogi
Uehara. Selepas solat, lawatan diteruskan ke Tokyo Metropolitan Building. Dari
atas banggunan ini dapat dilihat seluruh permandangan metropolitan Tokyo.
Perkara yang amat menarik adalah tiada bayaran dikenakan untuk naik banggunan
ini. Apabila menjelang malam, JBT pulang ke penginapan. Kebanyakan pengangkutan
yang digunakan hari ini adalah keretapi bawah tanah.
Hari Ketiga
Aktiviti seharian hari ini adalah di Tokyo Disneyland. Selepas
itu ke Odaiba bagi menikmati permandangan malam yang cantik di Odaiba.
Hari Keempat
Hari ini JBT akan merasakan dua pengalaman yg amat dinantikan
oleh peserta iaitu pengalaman menaiki Shinkansen (Bullet Train) dan bermain
salji di kawasan peranginan ski. Lokasi yg dituju adalah Gala Yuzawa, salah
satu pusat peranginan ski yg tidak jauh dari Tokyo. Perjalanan dengan
Shinkansen mengambil masa kira2 satu jam sepuluh minit. Pada sebelah malam,
sebelum balik ke Tokyo, JBT singgah di Restoren Pokok Pisang yg diusahakan oleh
seorang rakyat Malaysia yg telah lama menetap di Negara Matahari Terbit
ini.
Hari Kelima
Pada sebelah pagi, JBT telah melawat Asakusa yang mana tempat
ini amat popular dikalangan pelancong utk membeli cenderamata utk dibawa
pulang. Disebelah petang, perjalanan diteruskan ke Kawaguchiko (Lake
Kawaguchi). Perjalanan ke Kawaguchiko ini mengambil masa kira2 2 jam dengan
menggunakan keretapi ekspres. JBT bermalam di K's House Fuji.
Hari Keenam
Pada hari cuaca yg elok, Fujisan (Mt. Fuji) dapat dilihat dengan
cantik dan permandangan Kawaguchiko dan Fujisan amatlah mengagumkan. Setelah
berjalan sekitar pinggir Kawaguchiko, JBT telah menaiki Kachi2 Ropeway utk
melihat permandangan Kawaguchiko dan Fujisan dari atas tempat tinggi.
Pada sebelah tengah hari, perjalanan pulang ke Tokyo dimulakan
dan setelah makan di Restoren Sidiqque Shinjuku, perjalanan diteruskan ke TCAT
utk menaiki bas ke Haneda Airport bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada
sebelah malam.
Dengan menaiki penerbangan Air Asia X di Haneda Airport, maka berakhirlah
trip kali ini.
https://www.facebook.com/japanbudgettrip
japanbudgettrip@gmail.com
Thursday, October 17, 2013
Japan Budget Trip - Wonderful Winter 2014
RM4,990 for 6 days 5 nights inclusive air tickets? Are you serious? .. Yes, I,m serious.. details of the trip as below...
*EARLY BIRDS Offer only valid for booking made and paid by 31 Oct 2013
Japan Budget Trip - Wonderful Winter 2014
-EARLY BIRD Offer : FREE 1 Day Passport for Tokyo Disneyland or Disneysea-RM4,990-6D5N
-Tentative date :13 Jan - 18 Jan 2014 (Maulidurasul + Thaipusam) OR29 Jan - 3 Feb 2014 (CNY + Federal Territory Day)
Price inclusive of :
-Return air ticket from KL to Tokyo (option : MAS / SIA / CP or equivalent)
-Accommodation in hostel or budget hotel (avg. 4 pax/room)
-Ground transportation (train/subway/bus)
-Day trip to Karuizawa Ski Resort with Shinkansen (Bullet Train)
-Day trip to Lake Kawaguchi (Fujisan)
-Tokyo Disneyland or Disneysea Passport for 1 Day attraction* (EARLY BIRD Offer Only)
Price DOES NOT include :
-Meal-Attraction entrance fee
-Attraction transport (river/lake cruise, tour bus, gondola etc.)
-Winter sport rental (Ski, snowboard, sledge, wear etc.)
Tentative Itinerary
Day 1 : Arrive via Haneda/Narita
Day 2: Tokyo Mosque, Akihabara, Odaiba, Asakusa etc.
Day 3 : Tokyo Disneyland or Disneysea
Day 4 : Day Trip to Ski Resort (Karuizawa or Gala Yuzawa)
Day 5 : Kawaguchiko with view of Mt. Fuji
Day 6 : Kawaguchiko and Tokyo Free & Easy before depart via Haneda/Narita
For further info, please email or visit fb Japan Budget Trip as below :
email to japanbudgettrip@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Saturday, May 4, 2013
Tateyama Alpine Route Trip - 4 May 2013 : Tonami Tulip Fair
Hari ini adalah hari terakhir utk trip ini di Japan.Tujuannya
adalah Tonami Tulip Fair. Ibuarif yg nak sgt dtg tmpt ni. Pagi2 dah keluar ke
Nagaoga. Kat Nagaoka ni smpat breakfast soba dulu. Memang sedap soba kat sini.
Dari Nagaoka naik train lagi lepas tu tukar naik shuttle bus ke Tonami Tulip
Fair. Memang cantik dan byk sungguh jenis tulip yg ditanam disini. Tak rugi aku
ikut nasihat ibuarif utk dtg sini. Memang aku rekomen sgt utk sesiapa yg
berpeluang utk dtg ke Tonami Tulip Fair ni… tak dpt ke Holland, dtg ke sini pun
jadi laa.. Tgh hari kitorang bertolak
semula ke Nagaoka utk balik ke Kansai Airport. Tukar naik Haruka Limited
Express dkt Shin Osaka Station. Sampai airport awal lagi, merayau-rayau dulu
dan sebelum masuk security check point, sempat makan sushi lagi... Ada
shinkansen dlm kedai sushi... ingatkan kat luar jer… ingat nak amibil gambar,
tp tak sempat pulak, sebab khusyuk sgt makan.
Friday, May 3, 2013
Tateyama Alpine Route Trip - 3 May 2013 : Kanazawa
Hari ni diperutukkan utk melawat sekitar Kanazawa.
Mula2 beli ticket Kanazawa Loop Bus dulu. Destinasi pertama adalah Higashi
Chaya District. Tmpt ni byk kedai yg jual teh dan kuih jepun. Lepas tu baik bas
sekali lagi ke Kenrokuen. Kenrokuen ni antara 3 taman tercantik di Japan. Dari
Kenrokuen, jalan kaki ke Omicho Ichiba (Omicho Market). Kitorang lunch kat
sini.. Menu? Of course sushi! Lepas lunch, naik bas ke Kanazawa Station sebab
hotel kitorang just dkt jer dgn stesen keretapi tu. Dinner tak keluar mana,
just beli dari konbini jer.
Thursday, May 2, 2013
Tateyama Alpine Route Trip - 2 May 2013 : Kurobe Dam & Snow Wall
Pagi2 dah checkout dan keluar dari hotel. Kat bwh
hotel ada konbini, spt biasa breakfast dgn onigiri dan roti jer la. Dari
Matsumoto naik train ke Shinnano Omachi. Sampi jer di Shinnano Omachi, dah ada
bus tunggu, so naik la bus ke Ogizawa. Dari Ogizawa bermula perjalanan
merentasi Tateyama Kurobe Alpine Route. Naik trolley bus smpi ke Kurobe Dam.
Subhanallah, mmg cantil sgt kat Kurobe Dam ni. Dgn
permandangan gunung-ganang yg masih dipenuhi salji. Kalau kat Tokyo dah masuk
musim bunga, kat sini masih musim sejuk. Dari Kurobe Dam, seterusnya naik mcm2
jenis transport sblm sampai ke lokasi utama.. Tateyama Snow Wall. Mmg cantik
walaupun cuaca tak berapa elok sebab salji dok turun lebat masa tu. Lepas dah
puas jalan2 dan ambil gambar dalam salji tu, turun semula naik bas melalui snow
wall tadi. Kalau tadi naik ikut Nagano Prefecture, lepas ni balik ikut Toyama
Prefecture pulak. Kira mcm kitorang melintasi Alps Japan tanpa pendakian. Sebelum
sampai stesen Toyama singgah makan soba dan solat dulu.
Dari Toyama Station, naik Limited Express ke
Kanazawa Station utk check in ke hotel seterusnya. Malam ni bermalam di Toyoko
Inn Kanazawa.
Wednesday, May 1, 2013
Tateyama Alpine Route Trip - 1 May 2013 : Snowbording in Nozawa Onsen
Hari ni cuaca mendung dan juga hujan campur salji...
Mmg dkt area ski tu jarak penglihatan agak terhad... Dalam hati mcm 50-50 sama
ada nak ambil snowboard rental atau tak.. Fikir2 semula, dah alang-alang smpi,
takkan tak nak main yer tak? So aku gamble jer sewa snowboard dan juga suit.
Makcik Shirakaba tu bermurah hati bagi pinjam kasut utk jalan dlm snow mcm
secara percuma kat family members yg lain. Kasut yg mcm kasut Pua Chu Kang tu..
Tp bukan warna hitam la... Aku pun try tanya, sama ada kitorang boleh late checkout...
Dia dgn baik hati bagi tanpa sebarang caj tambahan... Maybe sebab tak ramai org
kot.
Aku layan sbowboarding, yg lain layan sledding jer
kat area Kids Park. Utk lunch, kitorang order lagi pizaa semalam... Sebab
memang sedap. Ada dua pizza yg boleh dimakan, Tuna Pizza dan Vegie Pizza. Lepas
lunch , layan snowboarding seround dulu sblm turun semula.
Lebih kurang pukul 3, kitorang naik bas ke Nagano
Station. Dari Nagano naik bas ke Matsumoto. Smpi Matsumoto dah nak malam so x sempat
nak jalan kat mana2 pun. Tujuan utama bermalam di Matsumoto ni adalah utk
senang dan dekat utk ke Tateyama Alpine Toute keesokkan harinya. Makan malam di
Matsumoto mmg sedap sbab mcm2 kitorang order kat kedai ala-ala izakaya tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)





