Saturday, March 1, 2014

JBT Wonderful Winter Trip 2014 (29 Jan - 4 Feb)

Hari Pertama
Perjalanan bermula dengan penerbangan Air Asia X dari LCCT menuju ke Haneda. Tepat jam 2.45, kapal terbang bertolak mengikut jadual. Selepas kira-kira 6 jam setengah, rombongan JBT telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda. Pengangkutan yang telah ditempah sedia menunggu untuk membawa rombongan ke penginapan iaitu Kurumi Mansion. Sampai di hotel, bilik sudah tersedia dan semua peserta terus berehat sebelum aktiviti seterusnya pada esok hari.



Hari Kedua
Kurumi Mansion ini terletak disebelah Sumidagawa (Sumida River). Selepas berjalan2 sekitar Sumidagawa, tempat pertama yang dituju selepas itu adalah Tsukuji Market. Disini adalah pasar terbesar di Tokyo dan banyak restoren yang menyediakan hidangan berasaskan ikan terutamanya sushi disini. Bagi peminat sushi, tempat ini amatlah sesuai dilawati.
Selepas itu, JBT bergerak pula ke Masjid Jamek Tokyo di Yoyogi Uehara. Selepas solat, lawatan diteruskan ke Tokyo Metropolitan Building. Dari atas banggunan ini dapat dilihat seluruh permandangan metropolitan Tokyo. Perkara yang amat menarik adalah tiada bayaran dikenakan untuk naik banggunan ini. Apabila menjelang malam, JBT pulang ke penginapan. Kebanyakan pengangkutan yang digunakan hari ini adalah keretapi bawah tanah.










Hari Ketiga
Aktiviti seharian hari ini adalah di Tokyo Disneyland. Selepas itu ke Odaiba bagi menikmati permandangan malam yang cantik di Odaiba.








Hari Keempat
Hari ini JBT akan merasakan dua pengalaman yg amat dinantikan oleh peserta iaitu pengalaman menaiki Shinkansen (Bullet Train) dan bermain salji di kawasan peranginan ski. Lokasi yg dituju adalah Gala Yuzawa, salah satu pusat peranginan ski  yg tidak jauh dari Tokyo. Perjalanan dengan Shinkansen mengambil masa kira2 satu jam sepuluh minit. Pada sebelah malam, sebelum balik ke Tokyo, JBT singgah di Restoren Pokok Pisang yg diusahakan oleh seorang rakyat Malaysia yg telah lama menetap di Negara Matahari Terbit ini. 







Hari Kelima
Pada sebelah pagi, JBT telah melawat Asakusa yang mana tempat ini amat popular dikalangan pelancong utk membeli cenderamata utk dibawa pulang. Disebelah petang, perjalanan diteruskan ke Kawaguchiko (Lake Kawaguchi). Perjalanan ke Kawaguchiko ini mengambil masa kira2 2 jam dengan menggunakan keretapi ekspres. JBT bermalam di K's House Fuji. 



Hari Keenam
Pada hari cuaca yg elok, Fujisan (Mt. Fuji) dapat dilihat dengan cantik dan permandangan Kawaguchiko dan Fujisan amatlah mengagumkan. Setelah berjalan sekitar pinggir Kawaguchiko, JBT telah menaiki Kachi2 Ropeway utk melihat permandangan Kawaguchiko dan Fujisan dari atas tempat tinggi.


Pada sebelah tengah hari, perjalanan pulang ke Tokyo dimulakan dan setelah makan di Restoren Sidiqque Shinjuku, perjalanan diteruskan ke TCAT utk menaiki bas ke Haneda Airport bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah malam.
Dengan menaiki penerbangan Air Asia X di Haneda Airport, maka berakhirlah trip kali ini.


 https://www.facebook.com/japanbudgettrip
japanbudgettrip@gmail.com