Pagi2 dah checkout dan keluar dari hotel. Kat bwh
hotel ada konbini, spt biasa breakfast dgn onigiri dan roti jer la. Dari
Matsumoto naik train ke Shinnano Omachi. Sampi jer di Shinnano Omachi, dah ada
bus tunggu, so naik la bus ke Ogizawa. Dari Ogizawa bermula perjalanan
merentasi Tateyama Kurobe Alpine Route. Naik trolley bus smpi ke Kurobe Dam.
Subhanallah, mmg cantil sgt kat Kurobe Dam ni. Dgn
permandangan gunung-ganang yg masih dipenuhi salji. Kalau kat Tokyo dah masuk
musim bunga, kat sini masih musim sejuk. Dari Kurobe Dam, seterusnya naik mcm2
jenis transport sblm sampai ke lokasi utama.. Tateyama Snow Wall. Mmg cantik
walaupun cuaca tak berapa elok sebab salji dok turun lebat masa tu. Lepas dah
puas jalan2 dan ambil gambar dalam salji tu, turun semula naik bas melalui snow
wall tadi. Kalau tadi naik ikut Nagano Prefecture, lepas ni balik ikut Toyama
Prefecture pulak. Kira mcm kitorang melintasi Alps Japan tanpa pendakian. Sebelum
sampai stesen Toyama singgah makan soba dan solat dulu.
Dari Toyama Station, naik Limited Express ke
Kanazawa Station utk check in ke hotel seterusnya. Malam ni bermalam di Toyoko
Inn Kanazawa.
Boleh saya tau kos travel Tateyama Alphine. Email saya nhafirdaus@yahoo.com
ReplyDeleteKos utk Tateyama Alpine Route ni dari satu hujung ke hujung yg satu lagi lebih kurang RM400
DeleteBoleh saya tanya tentang penginapan kat sane
ReplyDeleteboleh rujuk link berikut utk penginapan di Tateyama Alpine Route
Deletehttp://www.alpen-route.com/en/accommodation
Salam, nak tanya kalau di-Japan macam mana nak order Soba dan boleh ker pasti sup utk soba tu halal atau tak
ReplyDeleteUtk Soba dan Udon insya Allah supnya boleh dimakan. Yg perlu dielakkan adalah Ramen kerana sememangnya kuah ramen tidak halal keculai di beberapa restoren yg menyediakan makanan halal dan kebetulan ada menu ramen.
DeleteNk tnya, sume bas tu kne book dlu ke? Or blh beli tiket on the spot?
ReplyDelete