Hari Pertama
Perjalanan bermula dengan penerbangan Air Asia X dari LCCT
menuju ke Haneda. Tepat jam 2.45, kapal terbang bertolak mengikut jadual.
Selepas kira-kira 6 jam setengah, rombongan JBT telah selamat mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda. Pengangkutan yang telah ditempah sedia
menunggu untuk membawa rombongan ke penginapan iaitu Kurumi Mansion. Sampai di
hotel, bilik sudah tersedia dan semua peserta terus berehat sebelum aktiviti
seterusnya pada esok hari.
Hari Kedua
Kurumi Mansion ini terletak disebelah Sumidagawa (Sumida River).
Selepas berjalan2 sekitar Sumidagawa, tempat pertama yang dituju selepas itu
adalah Tsukuji Market. Disini adalah pasar terbesar di Tokyo dan banyak
restoren yang menyediakan hidangan berasaskan ikan terutamanya sushi disini.
Bagi peminat sushi, tempat ini amatlah sesuai dilawati.
Selepas itu, JBT bergerak pula ke Masjid Jamek Tokyo di Yoyogi
Uehara. Selepas solat, lawatan diteruskan ke Tokyo Metropolitan Building. Dari
atas banggunan ini dapat dilihat seluruh permandangan metropolitan Tokyo.
Perkara yang amat menarik adalah tiada bayaran dikenakan untuk naik banggunan
ini. Apabila menjelang malam, JBT pulang ke penginapan. Kebanyakan pengangkutan
yang digunakan hari ini adalah keretapi bawah tanah.
Hari Ketiga
Aktiviti seharian hari ini adalah di Tokyo Disneyland. Selepas
itu ke Odaiba bagi menikmati permandangan malam yang cantik di Odaiba.
Hari Keempat
Hari ini JBT akan merasakan dua pengalaman yg amat dinantikan
oleh peserta iaitu pengalaman menaiki Shinkansen (Bullet Train) dan bermain
salji di kawasan peranginan ski. Lokasi yg dituju adalah Gala Yuzawa, salah
satu pusat peranginan ski yg tidak jauh dari Tokyo. Perjalanan dengan
Shinkansen mengambil masa kira2 satu jam sepuluh minit. Pada sebelah malam,
sebelum balik ke Tokyo, JBT singgah di Restoren Pokok Pisang yg diusahakan oleh
seorang rakyat Malaysia yg telah lama menetap di Negara Matahari Terbit
ini.
Hari Kelima
Pada sebelah pagi, JBT telah melawat Asakusa yang mana tempat
ini amat popular dikalangan pelancong utk membeli cenderamata utk dibawa
pulang. Disebelah petang, perjalanan diteruskan ke Kawaguchiko (Lake
Kawaguchi). Perjalanan ke Kawaguchiko ini mengambil masa kira2 2 jam dengan
menggunakan keretapi ekspres. JBT bermalam di K's House Fuji.
Hari Keenam
Pada hari cuaca yg elok, Fujisan (Mt. Fuji) dapat dilihat dengan
cantik dan permandangan Kawaguchiko dan Fujisan amatlah mengagumkan. Setelah
berjalan sekitar pinggir Kawaguchiko, JBT telah menaiki Kachi2 Ropeway utk
melihat permandangan Kawaguchiko dan Fujisan dari atas tempat tinggi.
Pada sebelah tengah hari, perjalanan pulang ke Tokyo dimulakan
dan setelah makan di Restoren Sidiqque Shinjuku, perjalanan diteruskan ke TCAT
utk menaiki bas ke Haneda Airport bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada
sebelah malam.
Dengan menaiki penerbangan Air Asia X di Haneda Airport, maka berakhirlah
trip kali ini.
https://www.facebook.com/japanbudgettrip
japanbudgettrip@gmail.com
No comments:
Post a Comment