Bersiap-siap utk melalui satu perjalanan yg panjang ke
Tokyo. Plannya nak naik Ltd Express super Hokuto pkl 10.37 pg dari Sapporo ke
Hakodate, tapi train lewat sebab ribut salji melanda pantai barat Jepun
termasuk Hokkaido. Byk train lewat dan ada train yg cancel terutama overnight
train. Akhirnya dekat pkl 10:50 baru smpi dan dekat pkl 11
pg baru bertolak ke Hakodate.. Sah aku akan terlepas connection train di
Hakodate ke Shin Aomori, mcm connection flight pulak hee hee hee. Kalau
ikut jadual, transfer time kat Hakodate cuma 4 minit, tp sebenarnya kalau train
tak delay, tak ada masalah sebab platform Super Hokuto dgn Super Hakucho adalah
bersebelahan... Super Hakucho adalah Ltd Express Train from Hakodate to Shin
Aomori. Mula tadi dah delay 20 minit... Sepanjang perjalanan pun slow sikit
sebab salji tebal, so akhirnya train delay dekat sejam dari jadual asal. Kat
Hakodate, beratur sekali lagi kat kaunter utk buat seat reservation utk train
seterusnya. Panjang sgt line dia... Maklumlah, ramai yg terlepas connection
train tu... Nasib baik, dpt gak seat reservation tu walaupun kena duduk asing2
dgn ibuarif. Kalau x dpt reserved seat tu , nak kena berebut utk free
seating... Kalau nasib tak baik, kena berdiri... Tak ker naya...
Super
Hokucho bergerak ikut masa yg dijadualkan. Walaupun aku terlepas train awal
dari Hakodate ke Shin Aomori, kalau ikutkan masih sempat utk catch up Tohoku
Shinkansen Hayabusa. Saja jer aku book Hayabusa berbanding Hayate. Hayabusa ni
ni baru dilancarkan March 2011 rasanya dan semestinya coach baru, so x sampai
setahun lagi... Train baru ni... Bau kilang lagi... Kalau ikut plan asal,
aku akan ada mada lebih kurang 2 jam kat Shin Aomori. Plan asal ingat nak makan
dulu kat Shin Aomori sebelum bertolak ke Tokyo, tapi dgn kejadian yg tidak
dijangka ni, aku cuma ada masa 18 minit utk transfer kat Shin Aomori. Dlm
perjalanan, ada announcement ckp train delay 10 minit... Alamak, dah tinggal 8
minit utk transfer... Takkan terlepas train lagi. Dah ler aku memang target nak
naik Hayabusa ni. Kalau x salah aku, trip Hayabusa dari Shin Aomori ke Tokyo
cuma 2 trip jer... Begitu juga sebalik dari Tokyo ke Shin Aomori, cuma 2 trip
jer.. Nak dekat smpi... Sekali lagi ada announcement train dijangka
sampai 6:10 ptg... Tu delay 14 minit dari jadual asal... Hayabusa akan
bertolak pkl 6:14 ptg... Dah ler platform dua2 train ni kat tingkat
lain... Sekali lagi aku berdebar2..... Bila nak dekat smpi.. Ada sekali lg
announcement... Tp kali ni, berita baik... Katanya, Shinkansen Hayabusa akan
tunggu Super Hakucho smpi baru bertolak... Fuh lega! Walaupun mcm tu, still
takleh take thing for granted... Lagi satu station nak sampai, aku ajak ibuarif
dan arif siap berdiri dan tunggu kat pintu train.... Memang ramai yg
beratur nak turun awal. Kitorang dgn bag besar, bag kecik, stroller arif...
Akhirnya, selepas berlari2 masa transfer tu, dpt naik Hayabusa dgn selamat...
Lega...... Hayabusa bergerak pkl 6:16, 2 minit lewat dari yg dijadualkan
elok2 aku masuk dan duduk jer, train mula bergerak.
Sampai Tokyo station, cari
coins locker utk simpan bag besar sbb malas nak mengusung bag ke hotel, lepas tu cari
pampers arif, sbb dah mcm nak abis, takut terputus bekalan pulak. mulanya nak
makan kat Tokyo Station tp byk kedai dah tutup, last2 gamble pergi terus ke
Nishi Kasai. Platform Shinkansen dgn platform nak naik train ke Nishi Kasai
jauh, menapak lg... nasib baik bwk stroler utk arif. On the way nak smpi hotel,
ada satu kedai yg masih bukak. Lepas check inn Toyoko Inn Nishi Kasai, makan
bento yg dibeli dkt area situ gak. Plannya nak jumpa sorang kawan yg kerja
di Japan dan duduk disitu.. Tp dah lewat sgt, jd x sempat, maybe next time..
Hee hee hee. Ada ker next time?